suria

Muhyiddin Ucap Takziah Kepada Keluarga Juruterbang

SIBU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Kapten Sahimi Ghazali, yang meninggal dunia malam Isnin selepas helikopter dipandunya terhempas di Dataran Sibu di sini petang Isnin.

Muhyiddin berkata bantuan peribadi dan bantuan lain akan diberikan kepada keluarga Allahyarham Sahimi, 38, yang berasal dari Kajang, Selangor.

Sementara itu, anggota keluarga allahyarham tiba di Hospital Sibu pada kira-kira 10 malam tadi bagi menguruskan jenazahnya sebelum dibawa pulang ke Kajang hari ini untuk dikebumikan.

Allahyarham Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Muhyiddin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). -BERNAMA

Artikel Lain