suria

Banjir Di Terengganu Pulih Sepenuhnya

KUALA TERNGGANU: Keadaan banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila lapan orang dari satu keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Balai Raya Kampung Tok Amat, Marang dibenarkan pulang pagi ini.

Jurucakap Majlis keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu berkata berikutan dengan itu semua 14 pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak tiga hari lalu, ditutup hari ini.

Bagaimanapun, katanya, bilik gerakan MKN sentiasa bersiap sedia pada bila-bila masa sekiranya banjir berulang.

Pada Isnin lepas, hujan lebat berlaku di beberapa daerah di Terengganu menyebabkan 1,013 orang daripada 255 keluarga dipindahkan ke 14 pusat pemindahan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain