suria

PDRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Video

KUALA LUMPUR: Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Ghazali Md Amin berkata pihaknya akan meneruskan siasatan berprinsipkan profesionalisme sebagai agensi yang berwibawa.

Polis mengklasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

"Sehingga hari ini, pihak polis telah merakam percakapan saksi-saksi tertentu yang dipercayai mengetahui atau terlibat dalam siasatan ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Siasatan itu dibuat berhubung pendedahan rakaman video itu, yang ditayangkan untuk tontonan pihak media di Hotel Carcosa Seri Negara di sini Isnin lepas.

Ia dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain