suria

Penanam Sayur Ke Tali Gantung Kerana Edar Kanabis

ALOR SETAR: Seorang penanam sayur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis selepas didapati bersalah mengedar kanabis seberat 26.35 kilogram, hampir dua tahun lepas.

Hakim Datuk Zakiah Kassim membuat keputusan itu terhadap Ahmad Roslan Mat Isa, 46, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Dalam penghakiman ringkas, Zakiah berkata keterangan tertuduh tidak dapat menyanggah keterangan saksi pendakwaan serta gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Ahmad Roslan, yang berasal dari Selama, Perak, didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan kampung Tebing Tinggi, Baling, pada pukul 5.15 petang, 1 Mei 2009.

Dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39 B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud, manakala tertuduh diwakili peguam Ali Munawar Razak. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain