suria

Jalan Kuala Terengganu-Dungun Ditutup Kepada Kenderaan Ringan

MARANG: Jalan Kuala Terengganu ke Dungun di kilometer 36 hingga 38 di Kampung Serating, Merchang, dekat sini, ditutup kepada kenderaan ringan apabila ditenggelami air kira-kira satu meter, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan berkata, jalan itu mula tutup pada kira-kira pukul 7.45 pagi ini akibat air yang turun dari bukit berdekatan lambat mengalir ke laut keran air laut pasang.

Katanya kawasan itu mengalami hujan lebat sejak triga hari lalu.

Ahmad berkata orang ramai dari Kuala Terengganu yang hendak ke Dungun dinasihatkan menggunakan laluan Jalan Bukit Kor atau Simpang Tiga Gong Beris ke Pengkalan Berangan seterusnya ke Jalan Ajil.

Manakala pengguna jalan dari arah Dungun ke Kuala Terengganu diminta menggunakan Jalan Bukit Besi-Jerangau. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain