Gempa Bumi Jepun: Kementerian Luar Buka Bilik Operasi Dan Hotline - Semasa | mStar

Gempa Bumi Jepun: Kementerian Luar Buka Bilik Operasi Dan Hotline

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar membuka bilik operasi dan mengaktifkan hotline di pejabat kedutaan Malaysia di Tokyo bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkini berhubung kejadian gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda perairan timur laut Jepun, Jumaat.

Nombor telefon yang boleh dihubungi di Wisma Putra di sini ialah 03-8887 4570, 03-8887 4770, 03-8889 2746 dan 03-8889 2830, manakala kedutaan Malaysia di Tokyo boleh dihubungi dengan menelefon +81334763840.

Dalam satu kenyataan di sini kementerian itu berkata, pejabat kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau dengan rapi perkembangan bencana itu dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini mengenainya.

"Setakat ini tiada laporan mengenai kehilangan nyawa di kalangan rakyat Malaysia akibat bencana itu, dan semua pegawai kementerian serta kaum keluarga mereka dilaporkan selamat," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain