suria

Kawasan Dilanda Banjir Di Kemaman, Besut Pulih

KUALA TERENGGANU: Kawasan yang dilanda banjir di daerah Kemaman dan Besut semalam akibat hujan lebat sejak Isnin lalu kini telah pulih sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Zuhami Omar berkata seramai 54 orang daripada 15 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan telah dibenarkan pulang ke rumah, Rabu.

Katanya kawasan yang terlibat ialah Pekan Renek, Jabi di Besut melibatkan 20 mangsa dari enam keluarga yang berpindah ke Balai Raya Renek dan penduduk Kampung Sungai Mas, Kijal di Kemaman membabitkan 34 orang berpindah ke Balai Raya Kampung Sungai Mas.

Ada juga antara mangsa yang berpindah ke rumah saudara-mara masing-masing. Cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu termasuk kawasan yang dilanda banjir juga cerah sejak Rabu. - BERNAMA

Artikel Lain