Tujuh Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Pekerja Stor Besi Buruk - Semasa | mStar

Tujuh Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Pekerja Stor Besi Buruk

KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pekerja stor besi buruk ditikam dan dipukul sehingga mati di sebuah pusat membeli belah terkenal di bandar raya ini Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 tahun dan ditahan di pelbagai lokasi di bandar raya ini termasuk di hotel murah.

"Kesemua mereka ditahan secara berperingkat sejak kes itu dilaporkan sehingga semalam.

"Saya berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan dan kami percaya dengan tangkapan ini kes ini dijangka selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Ahmad Shariff Akbar Shah, 25, yang bekerja dengan abang iparnya di sebuah stor besi buruk di Ampang ditikam dan dipukul hingga mati oleh sekumpulan lelaki.

Teman wanitanya pula, bekas guru tuisyen, 30, cedera di lengan kiri akibat dikelar dan kini dilapor kritikal. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur.

Zulkifli berkata berdasarkan cara tikaman, pihaknya tidak menolak andaian motif pembunuhan adalah dendam, namun kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?