suria

PRK Merlimau: Roslan Yakin Dengan Kekuatan Diri, Yuhaizad Enggan Tabur Janji

TURUN PADANG... Roslan Ahmad beramah mesra dengan para peniaga di Merlimau. - Foto THE STAR Oleh A.MALEK YAHAYA
TURUN PADANG... Roslan Ahmad beramah mesra dengan para peniaga di Merlimau. - Foto THE STAR Oleh A.MALEK YAHAYA
TURUN PADANG... Roslan Ahmad beramah mesra dengan para peniaga di Merlimau. - Foto THE STAR Oleh A.MALEK YAHAYA

JASIN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Ahmad, 44, yakin dapat menjadi wakil rakyat yang baik dengan keupayaan dan kebolehan peribadinya sendiri.

Beliau menegaskan, pemilihannya bukan bersandarkan kekuatan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithnin dan bapa saudaranya yang juga bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin. "Saya mempunyai kekuatan sendiri untuk menjadi wakil rakyat yang baik," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN yang sah pada pilihan raya kecil berkenaan di sini, Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin akan menentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah 6 Mac ini.

Dalam pada itu, Roslan berkata bahawa beliau kini siap sedia berdepan dengan serangan peribadi parti pembangkang dan tidak akan mudah melatah dengan permainan taktik kotor pembangkang.

Malah beliau turut bersedia untuk menangkis apa juga serangan daripada pembangkang dalam usaha mereka untuk meraih simpati pengundi di Merlimau.

''Mulai hari ini saya akan mula berjumpa dengan seberapa ramai pengundi di DUN Merlimau tanpa mengira bangsa, kaum atau agama.

''Bagi saya itu amat penting untuk menyakinkan rakyat di Merlimau pentingnya mereka memilih BN.

''Saya juga tidak kisah apa juga bentuk serangan daripada pembangkang. Saya yakin mereka tidak mempunyai modal untuk menjatuhkan saya atau BN,'' katanya.

Dalam pada itu, Roslanmelahirkan rasa syukur kerana proses penamaan calon berjalan lancar.

"Semuanya berjalan lancar dan saya harap pertandingan ini dapat berlangsung dalam suasana sihat,'' katanya.

Sementara itu, Yuhaizad turut menyatakan keazamannya untuk turun padang bertemu seluruh pengudi DUN berkenaan.

Katanya, jentera part telah merancang strategi tertentu bagi memenangi hati rakyat di kawasan tersebut.

"Tapi kita tidak janjikan apa-apa kepada pengundi kerana kita bukan kerajaan," jelasnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain