suria

Dua Warga Emas Maut Dalam Kemalangan Berasingan

IPOH: Seorang warga emas, dipercayai mengalami serangan jantung, terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di kanan jalan di Jalan Chempaka Sari, Taman Chempaka di sini Ahad.

Chin Yow Been, 63, dari Taman Chempaka di sini meninggal dunia di tempat kejadian, kata Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan (DSP) Mohd Rodzi Rejab.

Kejadian berlaku pada pukul 6 petang semalam ketika Yow Been dalam perjalanan dari Jalan Ampang ke rumahnya di Taman Chempaka, katanya.

Mohd Rodzi berkata siasatan awal polis mendapati Chin diserang sakit jantung menyebabkan kereta jenis Progon Wira yang dipandu sendirian gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh pokok di kanan jalan.

"Hospital Raja Permaisuri Bainun mengesahkan mangsa mengalami serangan sakit jantung, katanya.

Sementara itu, seorang lagi warga emas terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di Km 9, Jalan Seberang Perak-Changkat Lada, malam tadi.

Kejadian berlaku pada pukul 9 malam apabila motosial yang ditunggang mangsa dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan dan dirempuh oleh sebuah kereta yang datang dari arah belakang.

Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Changkat Melintang, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain