Kementerian Sasar IPT Di Seluruh Negara Miliki Autonomi Menjelang 2015 - Semasa | mStar

Kementerian Sasar IPT Di Seluruh Negara Miliki Autonomi Menjelang 2015

SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara akan memiliki autonomi penuh menjelang 2015, kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata autonomi kebiasaannya disamakan dengan soal kecemerlangan dan pihak IPT selalu memberi alasan bahawa mereka tidak begitu cemerlang kerana tidak ada autonomi.

"Bermula tahun ini, kita akan lihat kepada beberapa aspek seperti tadbir urus, kewangan serta kemasukan pelajar dan mana-mana (IPT) yang telah bersedia kita akan mula untuk lihat perubahan yang perlu dibuat kalau nak jalankan autonomi.

"Menjelang 2015) tiada alasan bagi mana-mana IPT untuk tidak ambil autonomi," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konferensi Akademik 2011 Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, Sabtu.

Seramai 4,000 kakitangan UiTM menyertai program selama tiga hari yang bertemakan 'Menjuarai Kecemerlangan Universiti' yang turut diikuti oleh semua warga universiti dari 12 kampus cawangan di setiap negeri menerusi teknologi telekonferensi.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled mengalu-alukan keputusan UiTM untuk memberi autonomi kepada empat kampus cawangannya iaitu Sarawak, Perlis, Perak dan Terengganu.

Beliau berharap pemberian autonomi kepada empat kampus cawangan UiTM akan menjadi pendorong kepada kampus cawangan yang lain untuk meningkatkan prestasi agar mereka untuk turut mendapat autonomi.

"UiTM tampung jumlah pelajar yang ramai iaitu 180,000 sekarang dan akan mencecah 200,000 pada 2015, maka sudah tentulah dalam berjaya mencapai kuantiti, UiTM tidak boleh lupa kepada soal kualiti. Pemberian autonomi ini juga bertepatan dengan fokus UiTM terhadap kualiti," katanya.

UiTM kini memiliki 12 kampus cawangan dan apabila cawangan-cawangan baru siap dibina, UiTM dijangka mempunyai lebih daripada 20 kampus cawangan di seluruh negara.

Mohamed Khaled berkata kampus cawangan yang mempunyai autonomi mempunyai kuasa seperti boleh membuat sesetengah keputusan tanpa perlu merujuk kepada kampus utama, mengambil pensyarah terbaik serta mengadakan majlis konvokesyen sendiri.

Sementara itu, pada majlis perasmian tersebut, Naib Canselor UiTM Datuk Profesor Sahol Hamid dipilih sebagai penerima Tokoh Anugerah Akademik UiTM 2010 yang membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta pingat dan sijil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain