suria

459 Mangsa Banjir Dibenarkan Pulang Di Johor

JOHOR BAHARU: Seramai 459 mangsa banjir yang dipindahkan di Johor telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak lewat petang semalam apabila keadaan banjir di negeri ini bertambah baik, demikian lapor portal rasmi negeri Johor.

Laporan di www.johordt.my. itu melaporkan pada pukul 8 pagi hari ini, 4,736 orang daripada 1,057 keluarga masih ditempatkan di 19 pusat pemindahan di daerah Muar, Batu Pahat, Ledang dan Segamat.

Seramai 4,140 orang daripada 921 keluarga masih ditempatkan di Batu Pahat, Muar (276 orang daripada 61 keluarga), Segamat (285 orang daripada 69 keluarga)dan Ledang (35 orang daripada enam keluarga), kata laporan itu.

Jalan Pogoh Tekam Seksyen 1-Seksyen 3 (Chodan ke Tekam) di Segamat masih ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam satu meter sepanjang satu kilometer. - BERNAMA

Artikel Lain