suria

Gobalakrishnan Lepaskan Semua Jawatan Dalam PKR

PETALING JAYA: Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengumuman itu yang dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau, juga menyebut bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.

Berikut adalah petikan pengumuman beliau yang dibuat pada kira-kira 10.40 pagi Sabtu;

"Selamat Pagi kepada semua Rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam Parti PKR Dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru."

(Lagi berita menyusul)

Artikel Lain