suria

Polis Marin Sedang Siasat Kes Tekong Nelayan Cedera Ditembak

KUALA LUMPUR: Pasukan Gerakan Marin (PGM) sedang menyiasat laporan mengenai seorang tekong bot warga Thai cedera ditembak apabila bot nelayan yang dinaikinya bersama lima lagi awak-awak diserang di perairan Pulau Perak pada malam Rabu lepas.

Komander Pasukan Gerakan Marin Datuk Isa Munir berkata pengusaha bot itu yang merupakan rakyat tempatan membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Perlis semalam dan laporan itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk siasatan lanjut.

"PGM sedang berusaha mendapatkan maklumat sebenar mengenai kejadian itu daripada tekong dan awak-awak yang terbabit," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan awak-awak itu yang sedang menangkap ikan diserang di perairan Pulau Perak pada pukul 10 malam Rabu lepas. - BERNAMA

Artikel Lain