suria

Persiapan Hadapi Banjir Di Pahang Dilanjutkan Hingga 9 Februari

KUANTAN: Tempoh pemantauan dan persediaan bagi menghadapi bencana banjir di Pahang dilanjutkan sehingga 9 Februari ini.

Pengerusi Jawankuasa Bencana Banjir Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, lanjutan itu dibuat berdasarkan laporan Jabatan Mateorologi mengenai taburan hujan yang berpanjangan sehingga tarikh itu.

"Selepas tarikh itu barulah kita akan menarik semula bekalan di pangkalan hadapan.

"Bagaimanapun tempoh lanjutan itu tidak melibatkan Pekeliling berhubung pembekuan cuti penjawat awam yang dibuat sebelum ini iaitu dari 15 November hingga 15 Januari lepas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhammad Safian berkata sebanyak 40 peratus bekalan yang dihantar di pangkalan hadapan telah luput tarikh serta rosak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diminta menggantikan bekalan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain