11 Barang Diletak Di Bawah Skim Kawalan Harga Menjelang Tahun Baru Cina - Semasa | mStar

11 Barang Diletak Di Bawah Skim Kawalan Harga Menjelang Tahun Baru Cina

LABIS: Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, 11 jenis barangan termasuk daging babi, diletak di bawah Skim Kawalan Harga berkuatkuasa 30 Januari hingga 10 Februari bagi memastikan harganya tidak imanipulasi peniaga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu pihaknya menetapkan para peniaga tidak lagi perlu memohon lesen untuk menjual barangan kawalan itu.

"Ini kerana peraturan itu didapati menyusahkan para peniaga kerana tempoh penguatkuasaan harga barang itu tidak sampai dua minggu," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Awam Labis di sini, Ahad.

Beliau berkata 11 jenis barang kawalan itu terdiri daripada ayam, termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super; telur ayam gred A, B dan C; kobis bulat import, ikan bawal putih, udang putih besar serta perut, daging dan lemak babi.

Harga yang ditetapkan bagi ayam hidup ialah RM6.10 sekilogram (kg), ayam standard (RM7.20/kg), ayam super (RM8.05/kg), telur ayam gred A (36 sen sebiji), telur ayam gred B (35s/sebiji), telur ayam gred C (RM0.34/sebiji), dan kubis bulat import dari Indonesia dan China kecuali Beijing (RM3.20/per kg).

Barangan lain yang dikawal termasuk ikan bawal putih (RM38/per kg), udang putih besar (RM33/per kg), perut babi (RM22/per kg) dan daging serta lemak babi (RM16/per kg).

Beliau berkata harga-harga ini berdasarkan harga di Kuala Lumpur, dan senarai harga mengikut kawasan serta negeri akan diedar kepada peniaga dan pemborong dalam masa terdekat.

"Dalam tempoh harga kawalan ini, harga yang dijual tidak boleh melebihi harga siling, bagaimanapun peniaga boleh menjual barangan itu pada harga yang lebih rendah seperti yang dilakukan pada perayaan lepas," katanya.

Ismail Sabri berkata kementerian mengambil langkah untuk meletakkan barang-barang itu di bawah skim berkenaan kerana ia merupakan barang perlu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau seterusnya mengingatkan para peniaga agar meletakkan pelekat berwarna merah jambu bagi membezakan harga barang kawalan dengan harga barang yang tidak dikawal.

"Jika peniaga gagal meletakkan pelekat tersebut, atau menjual barang kawalan lebih tinggi dari harga siling, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara bagi kesalahan pertama, dan RM25,000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan kedua," katanya.

Mengulas isu kenaikan harga yang akan dimainkan oleh pembangkang dalam usaha menarik sokongan pengundi untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Ismail Sabri menasihatkan orang ramai khususnya pengundi supaya tidak terpedaya dengan janji-janji kosong mereka.

"Setakat ini tidak ada kenaikan langsung untuk barang asas keperluan seperti minyak, tepung gandum dan beras. Jadi, janji-janji kosong pembangkang kononnya mereka mampu menurunkan harga barang itu jika memenangi kerusi ini langsung tidak berasas kerana mereka bukan kerajaan pusat," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara BN yang diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan calon PAS Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 38. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Umno Labis Nafi Sabotaj Calon BN

Artikel Berikut

Anwar Cabar Najib Debat Isu Peribadi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain