suria

Sarawak Laksana 90 Peratus Projek Di Bawah RMK-9

SIBU: Kerajaan negeri Sarawak telah berjaya melaksanakan 90 peratus projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)dari tahun 2006 hingga 2010.

Setiausaha kerajaan negeri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani berkata pencapaian kadar peratusan itu adalah atas dedikasi dan komitmen semua pegawai awam dalam melaksanakan tugas masing-masing.

"Mereka mempunyai pemahanan jelas mengenai peranan masing-masing dalam menjayakan hala tuju dan dasar kerajaan," katanya pada Malam Penghargaan sektor pentadbiran awam bahagian Sibu di sini, malam Jumaat.

Mohd Morshidi berkata kejayaan itu bukan sahaja bergantung semata-mata kepada kejuruteraan, pentadbiran atau perancangan tetapi juga lebih penting kepada kemahiran dalam memastikan kelancaran sesuatu projek tersebut.

Beliau berkata kakitangan awam perlu menjadikan nilai-nilai komitmen, dedikasi dan pembahagian masa sebagai budaya dalam perkhidmatan awam dan menyelesaikan sebarang masalah tanpa melepaskannya kepada orang lain. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain