suria

JKM Pantas Bantu Mangsa Kebakaran Bukit Malut

ALOR SETAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bertindak pantas membuka sebuah pusat pemindahan dan memberi bantuan segera kepada mangsa kebakaran di Kampung Bukit Malut, Langkawi, semalam.

Ketua Pengarah JKM, Meme Zainal Rashid, berkata semua mangsa kebakaran ditempatkan di pusat pemindahan berhampiran tempat kejadian pada 1 pagi, kira-kira satu setengah jam selepas kebakaran berlaku.

"JKM menyediakan segala keperluan asas seperti makanan, pakaian, selimut, tikar, lampin, susu bayi serta kit bencana," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Meme berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyampaikan bantuan bakul makanan serta wang tunai RM300 kepada ketua keluarga kebakaran terbabit.

Katanya mengikut laporan, jumlah mangsa terlibat ialah 260 orang daripada 59 keluarga. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain