suria

Tender MRT Dibuka Kepada Syarikat Tempatan Dan Luar

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka proses tender bagi laluan pertama projek MRT antara Sungai Buloh dan Kajang pada April ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Mohd Nur Ismal Kamal.

Beliau berkata tender itu akan dibuka kepada syarikat tempatan dan luar negara yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan projek-projek MRT.

Projek MRT tersebut akan dibiayai 100 peratus oleh kerajaan, kata beliau kepada pemberita pada taklimat media mengenai projek itu di sini pada Khamis.

Mohd Nur berkata Kementerian Kewangan akan mewujudkan perantara tujuan khas sebagai entiti pembiayaan infrastruktur.

"Proses mendapatkan dana akan diputuskan oleh SPV ini," katanya dan menambah yang pembinaan MRT itu akan bermula pada Julai tahun depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain