Tajudin Mulakan Tugas Baru Sebagai Ketua Polis Perlis Yang Baru - Semasa | mStar

Tajudin Mulakan Tugas Baru Sebagai Ketua Polis Perlis Yang Baru

KANGAR: Timbalan Pengarah 2 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Tajudin Md Isa hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Polis Perlis yang baru.

Beliau yang berumur 51 tahun mengambil alih tugas yang sebelum ini dipangku oleh Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun.

Timbalan Pengarah 1 Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Abdul Rahman Hussin mewakili Ketua Polis Negara menyaksikan majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perlis di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain