suria

Peniaga Hilang Di FRIM Ditemui Selamat

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga yang hilang dua hari lalu ketika berjoging di laluan yang tidak pernah dibuka di sekiar hutan di Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM), Kepong ditemui selamat, Sabtu.

Komander Pasukan Kemahiran Pelbagai (MUST) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Abdul Latif Mat Noor berkata Phan Chun Kiat, 33, ditemui pada pukul 3.32 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan kumpulan orang Asli.

"Phan yang mengalami kecederaan ringan di badannya ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang," katanya kepada Bernama.

Phan dilaporkan hilang pada pukul 4.30 petang Khamis lalu semasa berjoging seorang diri di laluan yang tidak pernah dibuka kepada orang awam untuk digunakan.

"Saya tidak pasti bagaimana Phan boleh memasuki laluan tersebut," kata Abdul Latif.

Artikel Lain