suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CEO TNB Terpilih Penerima Brand Leadership Award

KUALA LUMPUR: Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Che Khatib Mohamad Noh telah terpilih sebagai penerima Brand Leadership Award oleh World Brand Congress yang berlangsung di Mumbai, India Selasa lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TNB, Jumaat, anugerah tersebut adalah yang tertinggi dan paling berprestij yang dianugerahkan kepada mana-mana individu pada persidangan berkenaan.

Pemilihan Che Khalib dibuat oleh sekumpulan juri bebas berdasarkan sumbangan dan keupayaannya dalam bidang perspektif strategik, pengurusan halatuju bisnes, pengurusan risiko, pengurusan manusia dan orientasi berpasukan, rangkaian, fokus pelanggan, prestasi pengurusan, pencapaian dan juga kepintaran bisnes.

Selain beliau, terdapat 25 penerima anugerah yang sama termasuklah seorang lagi dari Malaysia iaitu, Pengarah Urusan Les Copaque Productions Haji Burhanuddin Radzi.

Lain-lain penerima ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kaspersky, Eugene Kaspersky; Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Korea, Lee Charm; Ketua Pegawai Pengurusan Vodafone, Wendy Becker; Pengasas dan Pengerusi Alibaba.Com, Jack Ma dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Singapore, Aw Kah Peng.

The World Brand Congress merupakan persidangan terbesar jenama dunia dan menjadi tempat pertemuan lebih 500 jenama dan pemasaran jenama dunia.

Sementara itu, Che Khalib mengucapkan terima kasih kepada semua 29,000 kakitangan TNB di seluruh negara dan juga kepada ahli lembaga pengarah di atas sokongan dan sumbangan yang telah mereka berikan kepada syarikat utiliti itu sehingga berjaya mencapai tahap ia berada sekarang.

"Saya sentiasa berpegang kepada tiga prinsip utama kerja iaitu disiplin, integriti dan dedikasi kerana tanpa ketiga-tiga prinsip tersebut, TNB tidak akan mampu menerokai pasaran dunia sepertimana yang telah di lakukan di Arab Saudi, Abu Dhabi, Dubai, Pakistan, Mesir dan Yemen," tegas beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Lain