suria

Saksi Utama Kes Pemberi Pinjaman Wang Haram Dicari

KUALA LUMPUR: Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencari saksi utama bagi membantu siasatan berhubung kes pemberi pinjaman wang haram yang disyaki dijalankan oleh sebuah perniagaan di Masai, Johor.

Muhd Fauzan Mohd Yusoff, nombor kad pengenalan 780725-03-5391 dan alamat terakhir di No D1-08, Pangsapuri Lily&Jasmin, Taman Tampoi Indah, Johor Baharu, dikehendaki oleh bahagian itu bagi membantu siasatan terhadap Arryshan Enterprise.

Jabatan Penerangan dalam kenyataan di sini berkata Arryshan Enterprise yang beralamat di No 15-02, Jalan Suria 7, Bandar Sri Alam, Masai, Johor disyaki menjalankan perniagaan pemberi pinjam wang haram di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhd Fauzan diminta menghubungi ASP Mohd Azizul Mohd Khairi di talian 03-20947033 sambungan 3349/2425/2380. - BERNAMA

Artikel Lain