suria

Permohonan Pakatan Rakyat Kepada ROS Masih Dipertimbangkan

PUTRAJAYA: Permohonan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendaftarkannya sebagai sebuah parti yang sah kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak November tahun lalu masih tertangguh.

Ketua Pengarahnya, Datuk Md Alias Kalil berkata permohonan PR sedang dipertimbangkan.

Tidak seperti persatuan-persatuan lain, permohonan yang dibuat oleh parti politik mengambil masa yang lebih lama untuk dipertimbangkan kerana ia melibatkan soal keselamatan dan ideologi, katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status permohonan Pakatan Rakyat.

Ditanya mengenai cadangan Datuk Zaid Ibrahim yang mahu menubuhkan sebuah parti yang baru, Alias berkata beliau masih belum menerima sebarang permohonan.

Sebelum ini dilaporkan Zaid akan dipecat daripada PKR apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persektuan.

Alias berkata permohonan PR untuk didaftarkan sebagai sebagai sebuah parti telah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan sebelum ia parti itu melancarkan dasar dan polisi mereka pada konvesnyen pertamanya masih sah.

Artikel Sebelum

Zaid Kembali Adakan Sidang Media

Artikel Berikut

Artikel Lain