suria

Polis Siasat Kes Melontar Batu Di Sungai Pinang

GEORGE TOWN: Polis mengklasifikasi kejadian melontar batu yang mengakibatkan kematian seorang lelaki di kawasan rumah pangsa di Jalan Sungai di sini Sabtu lepas, sebagai kes menyebabkan kematian.

Ketua Polis Datuk Wira Ayub Yaakob berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Polis mengambil serius insiden itu dan siasatan dijalankan secara terperinci untuk mencari orang yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian orang awam di flat berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata polis menjalankan ops sikap di flat itu semalam dan memeriksa setiap tingkat flat berkenaan untuk mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu.

Polis turut meminta penduduk kawasan berkenaan yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya.

Sabtu lepas, Koi Phen Chan, 64, mati selepas ditimpa batu yang dipercayai dicampak dari tingkat atas Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jalan Sungai di sini. -BERNAMA

Artikel Lain