25 Rumah Daif Di DUN Galas Dibaik Pulih - Semasa | mStar

25 Rumah Daif Di DUN Galas Dibaik Pulih

GUA MUSANG: 25 keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hari ini tersenyum gembira apabila rumah mereka yang dulunya daif kini dapat diduduki dengan selesa setelah dibaikpulih.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pembaikan dan pembaikpulihan 25 rumah daif itu dilakukan di bawah program Giat Mara Bersama Rakyat dan dikenalpasti daif melalui pimpinan kampung di kawasan terlibat.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat salah sebuah rumah yang dibaiki itu di sini hari ini, beliau berkata proses pembaikan rumah-rumah berkenaan dilakukan sepenuhnya oleh tenaga kerja dan kemahiran 60 pelatih Giat Mara di daerah Gua Musang.

Sementara itu, seorang penduduk yang dipilih dalam program pembaikan rumah itu, Mohd Sabri Daud, 42, berkata, beliau amat bersyukur apabila rumahnya yang begitu daif dan uzur kini kelihatan sebagai sebuah kediaman sempurna.

"Nak baiki sendiri rumah ni tak tahulah bila boleh baiki, duit untuk makan dan keperluan asas pun sudah tidak mencukupi," kata beliau, seorang pemesin rumput di Hospital Gua Musang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain