suria

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Rogol, Bunuh

IPOH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh dan rogol seorang pelajar berumur 16 tahun di Teluk Intan Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam tadi.

"Lelaki itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk membantu polis dalam siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi Isnin.

Lelaki itu ditahan kawasan Ladang Rubana iaitu kawasan mayat pelajar berkenaan ditemui mati dalam keadaan bogel Sabtu lepas.

Mayat Divya Barathi Murali ditemui oleh orang ramai pada pukul 7.30 pagi sehari selepas keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya apabila pelajar itu tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu sekolah.

Goh berkata laporan bedah siasat mendapati mangsa dirogol sebelum dibunuh. - BERNAMA

Artikel Lain