suria

MBAM Mahukan Pemberian Pantas Dan Perlaksanaan Cepat Projek Berimpak Tinggi

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) berharap kerajaan dapat memastikan pemberian yang pantas dan perlaksanaan yang cekap projek-projek berimpak tinggi kerana jika berlaku sebarang penangguhan bermakna kos tambahan ke atas projek berkenaan.

Antaranya ialah projek Transit Aliran Massa, 1 Malaysia Development Bhd, pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek Warisan Merdeka dan peruntukan kemudahan-kemudahan asas, seiring dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Dalam usaha meningkatkan pelaburan sektor swasta, proses pemerolehan yang telus mesti diwujudkan dan projek haruslah diberikan kepada syarikat-syarikat yang layak, berwibawa dan kukuh dari segi kewangan bagi memastikan pelaksanaannya berjaya, kata presiden MBAM, Kwan Foh Kwai dalam ulasannya mengenai bajet yang dikeluarkan oleh MBAM. MBAM turut menghargai yang kerajaan akan memberi fokus ke atas banyak projek pembinaan di bawah Bajet 2011 termasuk peruntukan bagi dana pemudahan RM1 bilion untuk Projek Perkongsian Awam Swasta.

Memandangkan modal insan ialah pertimbangan strategik utama bagi memastikan yang Bajet 2011 dan Model Baru Ekonomi menjadi realiti, MBAM menggesa kerajaan agar memastikan jumlah pekerja pembinaan berkemahiran yang cukup, di dalam dan luar negara sebelum mempertimbangkan sebarang perubahan dalam struktur levi yang ada sekarang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain