suria

Bajet 2011 Belanjawan Bertanggungjawab - Khazanah

KUALA LUMPUR: Bajet 2011 merupakan satu bajet yang sukar tetapi pada dasarnya bertanggungjawab yang dilakukan di tengah-tengah latar belakang sektor luar yang tidak menentu dan mencabar dan pemulihan ekonomi global yang perlahan, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar.

Keseluruhan pendirian fiskal neutral tahun ke tahun sebenar adalah hasil seimbang kepada risiko berkembar meningkat terlalu banyak atau menarik balik rangsangan terlalu cepat, katanya dalam satu kenyataan mengenai bajet itu.

Setelah mencapai pendirian seimbang yang sewajarnya bagi tempoh terdekat, dan sebagai tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh, bajet itu perlu menangani cabaran jangka sederhana transformasi struktur yang terkandung dalam Model Baru Ekonomi (MEB) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) Perdana Menteri, katanya.

Sehubungan itu, selain langkah-langkah khusus dan peruntukan bagi prasarana fizikal dan projek, tumpuan bagi membangunkan modal tidak ketara dan prasarana bukan fizikal adalah tepat, katanya.

Ini terutamanya dalam bahagian seperti pembangunan modal insan, tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan menggalakkan lebih banyak bentuk kerjasama pelaburan yang pada dasarnya memacu pelaburan sektor swasta tinggi, katanya.

Azman berkata Khazanah dan syarikat syarikatnya kekal komited kepada pelaksanaan ETP dalam pelbagai sektor secara langsung, dalam bentuk perkongsian awam-swasta (PPP) dan dalam pelaburan kerjasama.

"Kami juga aktif dalam pelancaran pelbagai Inisiatif Pembaharuan Strategik MEB seperti pembangunan modal insan, pembaharuan kawal atur dan CSR," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain