suria

Mayat Wanita Ditemui Terdampar Dalam Keadaan Bogel

KUANTAN: Mayat seorang wanita ditemui terdampar dalam keadaan bogel di tebing pantai berhampiran gelanggang squash dekat Tembeling Resort di sini, petang Isnin.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata mayat yang berusia lingkungan 30-an itu ditemui oleh sepasang suami isteri kira-kira 5.15 petang.

"Tiada tanda kecederaan luaran dikesan pada mayat berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mayat berkenaan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat, katanya.

Katanya identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan pihaknya meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga agar menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain