Mas Selamat Dibebaskan Dari ISA - Semasa | mStar

Mas Selamat Dibebaskan Dari ISA

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, seorang warga Singapura telah dibebaskan dari tahanan dan akan diusir dari negara ini.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata perintah tahanan ke atas Mas Selamat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibatalkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bermula hari ini.

Beliau berkata dalam satu kenyataan di sini hari ini bahawa Mas Selamat telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia hari ini untuk tindakan pengusiran.

Anggota kumpulan militan itu bersembunyi di Johor sejak Mac 2008 setelah berjaya melarikan diri dari pusat tahanan Whitley Road, Singapura pada 27 Feb 2008. Beliau bagaimanapun berjaya ditahan pada 1 April, 2009 di Johor.

Sebelum ini, Mas Selamat melarikan diri dari Singapura pada bulan Disember 2001 selepas kerajaan Singapura melancarkan satu operasi keselamatan bagi membanteras JI. Menurut kerajaan Singapura sebelum ini, dia adalah antara mereka yang merancang serangan balas terhadap Singapura kerana menahan dan menangkap rakan anggota JI.

Dia turut merancang untuk merampas sebuah kapal terbang dan merempuh Lapangan Terbang Changi tetapi melarikan diri ke Indonesia untuk mengelak dari ditahan.

Mas Selamat, yang dikenal pasti sebagai pemimpin rangkaian JI tempatan Singapura, ditahan oleh pihak berkuasan Indonesia pada Februari 2003 kerana kesalahan memiliki dokumen pengenalan palsu.

Beliau kemudiannya dipenjara 18 bulan atas kesalahan imigresen sebelum ditahan di bawah ISA oleh kerajaan Singapura pada 2006. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain