Wanita Ditemui Berlumuran Darah Dipercayai Mangsa Samun - Semasa | mStar

Wanita Ditemui Berlumuran Darah Dipercayai Mangsa Samun

KOTA TINGGI: Seorang wanita ditemui berlumuran darah, dipercayai akibat disamun di depan rumahnya di Jalan Taib, Kota Kecil di sini, Rabu.

Tan Ah Huang, 62, yang dipercayai diserang menggunakan senjata tumpul di dahi dan belakang kepalanya mati di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Baharu pada pukul 5.30 petang.

Wanita itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 3.45 pagi oleh suaminya Lim Hock Hai, 52, dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum dipindahkan ke HSI.

Ketika kejadian, wanita itu dikatakan sedang bersiap untuk menghantar mi mentah untuk dijual di pasar borong di Jalan Johor yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumah mereka.

Wang tunai sebanyak RM1,000 yang dibawa wanita itu didapati hilang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supritendan Osman Muhammad Sebot yang mengesahkan kejadian itu berkata kes diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Lebih Terbuka, Demokratik - Muhyiddin

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel