suria

Lelaki Myanmar Mati Dibunuh

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Myanmar mati selepas dikatakan terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lelaki Pakistan di sebuah kilang di Balakong awal Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Serdang DSP Lam Chien Fei berkata, pergaduhan pada pukul 3.30 pagi itu berlaku apabila mangsa, Kyaw Htike Aung, 21, dikatakan menegur suspek yang kerap pergi menunaikan solat ketika bertugas.

"Kyaw adalah pengawal keselamatan di kilang itu manakala suspek merupakan pekerja kebun di kilang yang sama.

"Akibat teguran itu pergaduhan telah berlaku. Siasatan awal polis mendapati mangsa dipukul di bahagian rusuk kiri menggunakan sebatang besi dan dia mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata, suspek yang berusia 24 itu ditangkap oleh pengurus sekuriti kilang berkenaan 20 minit selepas kejadian dan diserah kepada polis untuk siasatan.

Suspek yang ditahan reman bermula Selasa akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain