suria

Tesco - mStar Rai Anak Yatim Rumah Baitul Kasih

Anak-anak yatim dari Rumah Baitul Kasih Sungai Buloh tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka berbuka puasa bersama Tesco dan mStar. Foto mStar/Iwan Shu-Aswad Shuaib
Anak-anak yatim dari Rumah Baitul Kasih Sungai Buloh tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka berbuka puasa bersama Tesco dan mStar. Foto mStar/Iwan Shu-Aswad Shuaib
Anak-anak yatim dari Rumah Baitul Kasih Sungai Buloh tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka berbuka puasa bersama Tesco dan mStar. Foto mStar/Iwan Shu-Aswad Shuaib

SHAH ALAM: Walaupun Ramadan bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim anjuran pasaraya terkemuka Tesco dan mStar yang diadakan pada Ahad tetap berlangsung meriah.

Dihadiri seramai hampir 40 anak-anak yatim dari Rumah Baitul Kasih Sungai Buloh, kesemua anak-anak yatim yang hadir tidak dapat menyembunyikan keketerujaan mereka apabila dapat berbuka puasa bersama wakil dari Tesco dan wartawan-wartawan mStar.

Lebih memberi makna dan pengertian buat mereka apabila mereka turut diberi sumbangan duit raya dan sepasang pakaian raya yang dipilih sendiri oleh mereka dari gedung Tesco.

Pengurus Perhubungan Awam dan Korporat Tesco, Dazrene Azmil Darus berkata majlis berbuka puasa tersebut dianjurkan sebagai sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab sosial pasaraya itu kepada masyarakat.

"Sempena Ramadan, kami mahu mengambil peluang untuk bersama-sama mendekati anak-anak yatim dan menyalurkan sumbangan kepada mereka.

"Majlis ini juga diharapkan dapat membuatkan mereka gembira dan mampu memberi keceriaan kepada mereka apabila menyambut Aidilfitri nanti," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Ketua Rumah Anak Yatim Baitul Kasih, Masliza Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada pihak Tesco dan mStar kerana sudi menjemput anak-anak yatim di bawah jagaannya ke majlis berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri tahun ini.

Katanya, sumbangan seperti pakaian raya dan lain-lain sememangnya bakal menggembirakan anak-anak yatim sekali gus mengurangkan kesedihan mereka menyambut Aidilfitri tanpa ibu-bapa tercinta.

"Sebelum puasa lagi mereka sudah tanya saya tentang persiapan raya mereka. Saya bersyukur kerana masih ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada kami," katanya yang juga pengasas rumah anak yatim tersebut.

Menjadikan majlis lebih berseri apabila pelawak terkenal, Saiful Apek dan Yasin sudi meluangkan masa bersama-sama anak yatim pada majlis ini.

Hadir sama Pengurus Besar Stor Cawangan Shah Alam K.Jayakumar dan Pengarang Bersekutu mStar Rozaid A.Rahman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain