Kes Pertama Berjaya Didakwa Bawah Akta Pemerdagangan Orang - Imigresen - Semasa | mStar

Kes Pertama Berjaya Didakwa Bawah Akta Pemerdagangan Orang - Imigresen

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen buat pertama kalinya berjaya mensabitkan kesalahan di bawah Akta Pemerdagangan Orang apabila seorang lelaki bersama tiga anaknya dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memperdagangkan 12 warga Myanmar.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata lelaki berkenaan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara di bawah Seksyen 12 dan 14 Akta Permerdagangan Orang selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kota Baharu, Kelantan, Ahad.

"Dua anak lelaki dan seorang anak perempuannya pula dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara di bawah seksyen dan akta yang sama. Mereka didapati bersalah memperdagangkan tujuh lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata dengan kejayaan itu, beliau berharap selepas ini lebih banyak kes akan dapat dibawa ke mahkamah di bawah akta tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain