Mayat Lelaki Ditemui Dengan Tangan Diikat - Semasa | mStar

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Tangan Diikat

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki yang percayai dibunuh, ditemui dengan keadaan tangan diikat di sungai Kampung Mangkalinau, Batu 3 di sini hari ini.

Mayat dengan kesan tetakan di bahagian belakang badan itu ditemui penduduk kampung pada pukul 8 pagi ketika air sungai itu surut.

Lelaki itu dipercayai telah mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui, kata Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa.

Beliau berkata, identiti lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu belum dikenalpasti dan tiada dokumen pengenalan ditemui.

Rosli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Loji Nuklear Semasa Selamat : Saintis UKM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal