suria

Najib Berbuka Dengan Lebih Seribu Tetamu Di Seri Perdana

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berbuka puasa bersama lebih 1,000 orang tetamu di kediaman rasminya, Seri Perdana, di sini malam Ahad.

Antara yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang juga anggota Parlimen Putrajaya serta barisan timbalan menteri dan pemimpin UMNO.

Pada majlis berbuka puasa itu, Najib turut menyampaikan duit raya dan hamper kepada 35 anak yatim dari Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak.

Perdana Menteri turut menunaikan sembahyang solat sunat Terawih, dengan berimamkan Sheikh Idris Mohd Al-Masrafi.

Iman dari Mekah itu dijemput ke Malaysia oleh jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada setiap bulan Ramadan sejak 1997. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain