suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 Gerai Bazar Ramadan Ranap

MIRI: Sebelas gerai bazar Ramadan di pusat komersial Saberkas di sini ranap selepas dahan sebatang pokok besar tumbang awal hari ini.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku antara 4 dan 5 pagi tadi.

Kejadian itu mendorong Anggota Dewan Undangan negeri kawasan Pujut Andy Chia menggesa agar pihak berkuasa berkaitan meneliti semula aspek keselamatan keseluruhan bazar terbesar di bandar raya ini yang mempunyai 140 gerai.

"Cuba bayangkan sekiranya ia berlaku di sebelah siang dengan ribuan orang ramai di sekitar," katanya kepad Bernama di sini.

Katanya Majlis Bandaraya Miri (MCC) yang bertanggungjawab menyelenggara pokok 'Gaya yang mana dahannya telah tumbang, agar memastikan pokok itu tidak menimbulkan bahaya kepada orang ramai.

Beliau juga berkata alat pemadam api sepatutnya dibekalkan kepada peniaga di bazar, bagi mempersiapkan mereka jika berlaku kecemasan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain