suria

KDRM Tahan Kontena Berisi Mercun, Bunga Api

PADANG BESAR: Sebanyak 1,136 kotak mercun dan bunga api dirampas oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dari sebuah kontena di kawasan perindustrian Padang Besar, di sini Jumaat.

Pengarah Kastam Perlis Mohd Isa Endot berkata kontena yang membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api itu dipercayai memasuki negara ini dari Thailand.

Mercun dan bunga api itu dianggar bernilai RM455,000 dengan cukai dan duti yang sepatutnya dikenakan ialah RM290,000, katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.

Beliau berkata pihaknya percaya kenderaan yang ditahan pada pukul 11.25 pagi itu memasuki negara ini melalui Unit Dagang Keretapi dengan mengemukakan dokumen palsu bahawa kontena itu mengandungi barang dagangan yang rosak dan ditarik balik untuk dihantar ke Pulau Pinang.

Turut ditahan ialah pemandu dan kelindan rakyat tempatan berumur 41 dan 47 tahun untuk siasatan, katanya.

"Kami akan menyiasat secara menyeluruh berkaitan penyeludupan ini termasuk agen penghantaran yang membuat ikrar pemalsuan barang dagangan ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain