Polis Tumpaskan Kumpulan Pecah Rumah Dari Amerika Selatan & Nigeria - Semasa | mStar

Polis Tumpaskan Kumpulan Pecah Rumah Dari Amerika Selatan & Nigeria

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dari Bolivia, Argentina dan Nigeria serta seorang wanita Nicaragua yang disyaki dalam perjalanan untuk memecah masuk rumah di Tropicana Indah, Petaling Jaya dekat sini berjaya ditahan polis.

Keempat-empat mereka yang berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 40-an dan menaiki kereta Naza Citra dilihat berada dalam keadaan mencurigakan oleh pengawal keselamatan di perumahan mewah itu, kata polis.

Apabila seorang pengawal keselamatan yang bertanyakan tujuan mereka berada di situ, seorang daripadanya menjawab bahawa mereka datang untuk mengambil seorang kawan yang tinggal di situ.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan terbabit mensyaki sesuatu dan terus menghubungi polis.

Polis yang tiba kemudian menemui peralatan memecah rumah di dalam bonet kereta terbabit sebelum menahan mereka dan membawa ke balai polis berdekatan.

Siasatan seterusnya mendapati kesemua mereka ini terlibat dalam tiga kes pecah rumah mewah di Kota Damansara sejak sebulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kesemua mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes pecah rumah.

Beliau berkata polis percaya dengan penahanan empat rakyat asing itu, mereka dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di Petaling Jaya.-BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain