Kabinet Arah Isu Kalimah Allah Tidak Dibincangkan Secara Terbuka - Muhyiddin - Semasa | mStar

Kabinet Arah Isu Kalimah Allah Tidak Dibincangkan Secara Terbuka - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Kabinet telah memutuskan isu berkaitan kalimah Allah tidak dibincangkan secara terbuka dan meminta semua pihak termasuk pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang supaya menghormati bahawa isu itu masih dibicarakan di mahkamah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika isu berkenaan dibincangkan secara terbuka, ia boleh mencetuskan situasi yang boleh menghangatkan semula keadaan yang sudah baik sebelum ini.

"Kabinet sudah putuskan (perkara) ini tidak baik untuk kita debat kerana soal ini ada hubung kait dengan mahkamah. Semua orang tahu, perkara yang masih dalam mahkamah, jangan kita bicara.

"Berdebat (isu ini) tiada hasil dan kebaikan yang boleh kita peroleh kerana ia boleh mencetuskan semula situasi yang tidak baik," katanya kepada pemberita selepas menerima peruntukan RM50 juta bagi pihak Kementerian Pelajaran daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini pada Rabu.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam laporan akhbar hari ini, yang dipetik sebagai berkata kumpulan Kristian mahu isu berkaitan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian diselesaikan secepat mungkin.

Chua turut menjelaskan bahawa MCA tidak berkongsi pendirian yang sama dengan DAP berhubung gesaan supaya larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ditarik balik.

Muhyiddin berkata beliau sedar ada pihak yang cuba menghangatkan semula isu berkenaan sehingga menyebabkan wujudnya ketegangan dan persengketaan.

"Tetapi, sebagai kerajaan bertanggungjawab, pendirian kerajaan muktamad sama ada dalam komponen BN atau pembangkang kerana soal ini juga ada hubung kait dengan hukum (agama) dan masih (dibicarakan) di mahkamah," katanya.

Beliau berkata semua pihak harus menghormati suasana berkenaan dan tidak membincangkan perkara itu secara terbuka.

"Kalau saya sebut (isu ini), sana akan jawab lagi. Apa hasilnya?... porak-peranda, bergaduh. Tetapi kerajaan BN yang bertanggungjawab tidak mahu perkara ini berlaku," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?