suria

Polis Tumpas Sindiket Nombor Ekor, Enam Wanita Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket nombor ekor selepas menyerbu sebuah rumah di Kalumpang, Hulu Selangor dekat sini Rabu, dan menahan enam wanita yang menjadikan rumah itu sebagai pusat pengumpulan dan pengiraan perjudian loteri awam tanpa lesen.

Ketua Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Selangor ASP Lim Shee Wah berkata beberapa anggota dari D7 Hulu Selangor terlibat dalam operasi yang bermula pukul 6.30 petang itu.

"Enam wanita tempatan berumur antara 29 dan 44 tahun itu ditahan ketika mereka sedang asyik menjalankan operasi pengumpulan data melalui mesin faks. Sebanyak 16 komputer riba, sebuah mesin faks dan ratusan wang tunai dirampas dalam operasi itu," katanya.

Beliau berkata keenam-enam wanita itu kini ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 4A(A) Akta Rumah Judi Awam 1953. - BERNAMA

Artikel Lain