Dua Lelaki Ditahan Bersama 100 Kilogram Daun Ketum - Semasa | mStar

Dua Lelaki Ditahan Bersama 100 Kilogram Daun Ketum

BESUT : Dua lelaki berumur 31 dan 47 tahun ditahan bersama 100 kilogram daun ketum yang belum diperoses dalam satu serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di Cabang Tiga Kampung Renek dekat sini, Jumaat lalu.

Ketika ditahan dua suspek dalam Proton Wira dan berasal dari Perak membawa daun berkenaan dalam lapan bungkusan plastik membuang sampah yang diletakkan di tempat duduk belakang dan dalam but kereta.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Md Noor, suspek telah melanggar sebuah kereta peronda polis ketika cuba melarikan diri namun tiada anggota polis yang cedera.

Katanya, ujian air kencing mendapati mereka positif dadah dari jenis morfin.

Menurutnya, nilai daun ketum yang dirampas sebanyak RM25,000 itu dipercayai untuk bekalan di daerah ini yang akan agihkan kepada pengedar sebelum diproses.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati salah seorang daripada suspek pernah ditahan pada bulan Mei lalu di atas kesalahan yang sama.

Kedua-dua suspek bekerja sebagai buruh dan dipercayai sering datang ke Terengganu untuk membekalkan daun ketum dari Perak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang sekiranya didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Artikel Sebelum

Artis Dangdut Fitnah Wartawan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Hamidin dipilih presiden MFL baharu