suria

Polis Berjaya Tahan 3 Lelaki Suspek Bunuh Pengurus Kafe Dome Subang Jaya

PETALING JAYA: Dua lelaki rakyat asing dan seorang lelaki tempatan telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang pengurus Kafe Dome Subang Jaya, yang mayatnya ditemui di Sungai Klang berhampiran Taman Datuk Harun Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya Polis, Arjunaidi Mohamed berkata, mereka yang berumur antara 20 hingga 30 tahun itu, ditahan selepas dua hari penemuan mayat lelaki bujang berusia 39 tahun itu.

"Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata polis mengenal pasti motif pembunuhan itu berpunca daripada masalah kewangan. Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh sehari sebelum mayatnya ditemui dengan tangan dirantai dan lehernya dibelit pita pelekat di rumahnya di Petaling Jaya. "Suspek kemudian memasukkan mayat mangsa ke dalam keretanya sebelum dibuang ke dalam Sungai Klang," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain