Kaji Keperluan Sebelum Keluar Permit Import Telur, Ayam Dan Daging - Semasa | mStar

Kaji Keperluan Sebelum Keluar Permit Import Telur, Ayam Dan Daging

PADANG BESAR: Permit import bagi telur, ayam dan daging bagi musim perayaan hanya akan dikeluarkan jika kerajaan mendapati pengeluar dan penternak tempatan tidak berupaya memenuhi keperluan itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, Jabatan Veteriner akan diminta mengkaji keperluan dan menghubungi pengeluar dan penternak sebelum permit import dikeluarkan.

"Kita mahu pastikan pengeluar dan penternak tempatan mendapat keuntungan daripada kegiatan mereka dan sebab itu mereka perlu dirujuk sebelum pengeluaran permit," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Besar di sini, Ahad.

Noh berkata, sebelum ini kerajaan pernah menawarkan permit import kepada 29 syarikat ternakan ayam namun tiada syarikat yang berminat untuk mengimportnya kerana mengusahakan sendiri ternakan ayam dan memasarkannya lebih menguntungkan.

Beliau juga berharap Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) turut memastikan bekalan beras dan pulut sentiasa mencukupi menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri akan datang.

Sebelum itu, semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan itu, beliau berharap anggota Umno mengutamakan perpaduan parti dan mengurangkan pertelagahan yang merugikan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, pertelagahan dalam parti akan menyebabkan Umno tidak dihargai dan dipinggirkan.

"Pengalaman Umno di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang amat memeritkan dan yang demikian Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menguasai negeri-negeri perlu berusaha mempertahankan kekuatan parti terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain