suria

Mahkamah Koroner Tetapkan 18 Ogos Untuk Dr Pornthip Hadir Beri Keterangan

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner yang menyambung semula prosiding inkues siasatan kematian pembantu politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, pagi Rabu menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh untuk pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan hadir memberikan keterangannya.

Keputusan ini dibuat Koroner Azmil Muntapha Abas. Beliau juga membenarkan pembatalan permohonan supaya pakar patologi yang terkenal dengan fesyen rambut berwarna-warni itu memberi keterangan melalui sidang video.

Permohonan awal itu dibuat ekoran Pornthip enggan kembali ke Malaysia atas alasan keselamatan kerana didakwa menerima ugutan yang mahu menghalangnya daripada terus memberi keterangan dalam prosiding.

Artikel Lain