suria

Remaja Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di KM 24 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, Soo Beng Huat, 18, meninggal di tempat kemalangan akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumah sewanya di Rawang.

Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Gombak, Inspektor Abdul Raheem Eliyas berkata, nahas berlaku selepas motosikal mangsa terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta Proton Wira.

Mangsa terhumban kira-kira dua meter dari tempat pelanggaran.

Pemandu kereta tersebut yang datang dari Tanjung Malim, Perak bersama isterinya hanya cedera ringan. - BERNAMA

Artikel Lain