suria

Lim Janji Kerja Lebih Kuat Di Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA: "Sekarang datang ke kementerian yang lebih berat tanggungjawabnya dan saya akan kerja lebih kuat," kata Datuk Donald Lim Siang Chai yang memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Kewangan hari ini.

Lim yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Penerangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelancongan, dilantik ke jawatan itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Naib Presiden MCA itu mengambil alih jawatan berkenaan daripada seorang lagi Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung, yang dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lim berkata beliau akan menggunakan pengalamannya sebagai timbalan menteri sebelum ini bagi melakasanakan tugasnya dengan berkesan di Kementerian Kewangan. - BERNAMA

Artikel Lain