AP Kapar Terima Ugutan Bunuh, Kereta Disimbah Cat Merah - Semasa | mStar

AP Kapar Terima Ugutan Bunuh, Kereta Disimbah Cat Merah

KLANG: Ahli Parlimen Kapar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikavasagam mendapati dua kereta miliknya dan isteri yang diletak di rumah di Meru disimbah cat merah pagi semalam.

Satu kertas bersaiz A4 bermesejkan ugutan bunuh dikepilkan pada salah satu beg berisi cat tersebut.

Mesejnya berbunyi: "Jangan campur issue pasir. You mati.”

Manikavasagam berkata tiga beg berisi cat merah dibaling dari luar ke anjung dan mengenai dua kereta itu.

Menurutnya, beliau melihat cat itu mengenai keretanya kira-kira 7 pagi selepas bangun.

Beliau percaya serangan tersebut dilakukan selepas ibu mertuanya tidur kira-kira 4 pagi ini.

Sebelum ini, Manikavasagam, mendedahkan kerajaan Selangor kehilangan hasil pendapatan lebih RM10 juta berikutan pembabitan tiga pegawai kanan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat milik kerajaan negeri dalam kegiatan melombong pasir secara haram.

Katanya, beliau pernah menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'