suria

Tiga Remaja Maut Dalam Kemalangan Tiga Motosikal

BALING: Tiga remaja maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Jalan Utama Baling ke Bongor berdekatan Kampung Bukit Puyuh di sini, malam ini.

Dua daripada remaja itu meninggal dunia di tempat kejadian, seorang lagi di hospital manakala remaja yang cedera parah kini dirawat di Hospital Baling.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam ini, empat remaja berumur dalam lingkungan 20an menunggang tiga buah motosikal dipercayai berlumba sesama mereka.

Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Supritendan Mohd Daud Md Hasan yang berada di tempat kejadian berkata, remaja yang parah dalam kejadian itu kemungkinan akan dihantar ke Hospital Sungai Petani.

Sehingga kini identiti mangsa belum dikenal pasti.

Beberapa orang penduduk yang ditemui berkata, keempat-empat mangsa tinggal tidak jauh dari tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Lain